Assalamualaikum,
Sudah hampir 2 bulan dunia digemparkan dengan wabak virus Covid-19, atau dikenali sebagai Coronavirus sebelum diberikan nama khususnya. Wabak yang bermula di Wuhan ini sudah tersebar hampir ke seluruh dunia, termasuklah Malaysia. Hari ini, pengarang mahu berkongsi tips-tips mengelak jangkitan Covid-19.
Pertama sekali, elakkan kawasan yang mempunyai ramai orang. Virus Covid-19 ini tersebar melalui manusia. Anda tidak boleh dijangkiti apabila tiada siapa di sekeliling anda yang dapat sebarkan virus ini. Contoh kawasan-kawasan tersebut ialah restoran, tren dan majlis-majlis. Walau bagaimanapun, anda mungkin tidak dapat mengelak dari menaiki lrt, menghadiri majlis, dan sebagainya. Jadi, mari kita lihat tips seterusnya.
Tips kedua ialah memakai topeng muka. Virus Covid-19 tersebar melalui cecair badan pesakit, contohnya bersin pesakit. Topeng muka dapat menapis titisan air itu daripada memasuki hidung dan mulut anda. Dapatkan topeng muka anda sekarang di farmasi berdekatan. Jangan cari di laman Kedai Ansara ya, kami tak jual lagi Topeng Muka Ansara.
Akhir sekali, jagalah kebersihan diri dan keluarga. Kita mestilah peka terhadap kebersihan kita, walaupun tanpa kewujudan wabak Covid-19. Cuci tangan sebelum makan, selalu menggunakan disinfektan dan sebagainya. Insya-Allah, dengan izin Allah, kita dapat mengelak jangkitan Covid-19. Sekian.
Daftarlah kad e-wallet AnsaraPay sekarang di www.AnsaraPay.my/daftar.
Apa itu kad AnsaraPay? https://www.youtube.com/watch?v=E7HpqoBDh1g
Follow kami di Facebook | Youtube | Twitter | Instagram